29 November 2021

PANDUAN BERNIAGA DI SHOPEE

Tahukah anda bahawa ramai usahawan twlah berjaya menjana ratusan ribu ringgit di SHOPEE.

Ramai yang telah mencuba berniaga di SHOPEE tetapi gagal kerana tiada ilmu yg betul.

Dapatkan Panduan Bisnes Shopee di sini


14 November 2021

TERNAKAN KAMBING BERI PULANGAN 5 ANGKA

Dari SINAR HARIAN 14/11/2021

BACHOK - Bermula dengan sekadar minat, tiada siapa menyangka seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini mampu meraih pendapatan sehingga mencecah lima angka sebulan hasil daripada ternakan ‘kambing kayangan’.


Mohd Yusoff Mohamad, 45, mula berjinak-jinak menternak sebanyak lapan ekor kambing kacukan jenis Boer kira-kira tiga tahun lepas dengan modal sekitar RM1,800 dan percubaan itu ternyata memberi pulangan lumayan apabila meraih keuntungan antara RM1,200 dan RM1,500 bagi seekor kambing yang dijual.

“Melihat kepada pulangan tersebut, menaikkan semangat saya untuk berkecimpung secara lebih serius dengan membawa masuk pula tujuh ekor kambing baka Jamnapari yang berumur sekitar empat bulan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/171669/EDISI/Pesara-tentera-ternak-kambing-kayangan-raih-pulangan-lumayan

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


10 November 2021

TIP BISNES MAKANAN TANPA KEDAI




Berniaga makanan amat menguntungkan jika kena cara dan gayanya. Jika tersilap langkah dan kurang ilmu, berniaga makanan akan berakhir dengan gulong tikar. Dapatkan tip dan rahsia berniaga makanan yang menguntungkan di sini

PANDUAN TERNAKAN IKAN TILAPIA

Ramai yang berminat menternak ikan tilapia tetapi ramai yang sering gagal. Kenapa ramai gagal ?

Dapatkan panduan ternakan ikan tilapia yang betul di sini.


04 November 2021

PELADANG-i tawar ahli nikmati manfaat tiga dalam satu


 Dari Sinar Harian 26/10/21


KUALA LUMPUR - Seramai 920,678 ahli Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) seluruh negara kini berpeluang menikmati kemudahan Kad Pintar Keluarga Peladang (PELADANG-i) yang mempunyai gabungan ciri-ciri tiga dalam satu menerusi kad debit Co-Brand Agrobank.

PELADANG-i juga dijadikan sebagai kad identiti keahlian berkonsepkan transaksi perbankan moden yang turut dilengkapi manfaat perlindungan Takaful sehingga RM5,000 hanya dengan bayaran RM5 setahun.

Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim berkata, inisiatif PELADANG-i bakal meletakkan ahli-ahli peladang kepada sistem kehidupan yang lebih baik melalui konsep pembayaran tanpa tunai dan hanya berusan secara dalam talian.

Menurutnya, inisiatif tersebut juga selari dengan usaha untuk memperkasakan dan melonjakkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan ahli peladang ke arah dunia digitalisasi seterusnya mencapai matlamat LPP menerajui pertanian dalam negara ke arah IR 4.0.

Pelaksanaan PELADANG-i merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) 100 hari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di mana kita menetapkan sasaran seramai 2,000 ahli peladang bakal memanfaatkan PELADANG-i sehingga 9 Disember depan.

Kita berharap dan menggalakkan agar semua 920,678 ahli peladang pada masa ini memanfaatkan kemudahan PELADANG-i untuk sasaran jangka masa panjang, katanya pada sidang akhbar selepas sesi Perbincangan Meja Bulat PELADANG-i kerjasama strategik LPP bersama Agrobank pada Isnin.

Azulita menambah, dengan kemudahan PELADANG-i memberi keutamaan keselamatan penjagaan tunai para petani desa yang lebih banyak menggunakan transaksi secara tunai.

Beliau juga percaya dengan adanya faedah kemudahan bersifat moden itu juga bakal menarik penyertaan golongan petani muda sebagai ahli peladang memandang kini hanya 15 peratus keahlian daripada golongan muda.

Ini juga akan menjadi tarikan kepada golongan muda untuk menjadi peladang dan peladang muda sedia ada untuk menjadi ahli peladang di kawasan masing-masing apabila mereka tahu ada kemudahan seperti ini, katanya.

Manfaat Takaful Peladang menerusi PELADANG-i yang dilindungi di bawah program Takaful Kasih Plus ini terbuka kepada ahli peladang berumur 18 hingga 70 tahun.

Antara manfaat yang diperoleh adalah RM5,000 untuk kematian akibat kemalangan, atau hilang upaya kekal akibat kemalangan selain perbelanjaan perubatan akibat kemalangan (RM250) dan kematian semula jadi (RM500).

Sementara itu, Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khatijah Iskandar berkata, penggunaan PELADANG-i menerusi transaksi perbankan Agrobank memberi nilai tambah dalam memudahkan urusan para ahli peladang dengan Agrobank.

Dengan adanya kad ini kita boleh mengenal pasti transaksi setiap peladang seterusnya memperoleh data yang boleh diguna pakai untuk mempermudahkan urusan peladang ini di Agrobank, contohnya untuk membuat pinjaman kewangan, katanya.

Ahli peladang yang berhasrat memanfaat kemudahan PELADANG-i perlu membuka akaun Agrobank di mana-mana cawangan berdekatan.

Bajet 2022 bina semula keyakinan PKS

 Dari Berita Harian

01/11/2021


KUALA LUMPUR: Pelbagai inisiatif perniagaan yang diumumkan menerusi Bajet 2022 berupaya membina semula keyakinan perusahaan kecil dan sederjana (PKS) menangani impak pandemik COVID-19.

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai, berkata dalam masa sama masih terdapat beberapa langkah yang perlu ditambah baik bagi membantu PKS memperbaiki aliran tunai masing-masing yang terkesan, sekali gus meletakkan mereka kembali dalam landasan pemulihan.

"Membawa ke hadapan kerugian untuk pengiraan cukai sehingga 10 tahun adalah langkah yang sangat baik untuk membantu pemulihan PKS. Ini kerana, PKS mengalami banyak kerugian pada 2020 dan 2021 akibat daripada pandemik.

Inisiatif membenarkan PKS menangguhkan ansuran cukai pendapatan selama enam bulan sehingga Jun 2022 adalah baik, namun tempoh penangguhan adalah terlalu singkat dan perlu dilanjutkan hingga 12 bulan untuk membantu pemulihan perniagaan untuk PKS," katanya.

Pengerusi Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Abdul Malik Abdullah, pula berkata peruntukan dalam Bajet 2022 perlu disalurkan secara bersasar bagi menjamin program yang berimpak tinggi.

Justeru, tegasnya akses kepada pembiayaan perlu diperluaskan bagi merangsang perniagaan, sekali gus memberi manfaat kepada ekonomi secara umum dengan mempercepatkan pertumbuhan, meningkatkan persaingan serta menambah permintaan terhadap pekerja.

"Kita juga mesti faham bahawa selepas pandemik, ramai usahawan berdepan masalah kredit. Mereka selalunya sangat bergantung pada hutang untuk memenuhi keperluan permulaan, aliran tunai dan pelaburan," katanya.

Secara keseluruhannya, sejumlah RM14.2 bilion dana tersedia untuk PKS dalam Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat lalu.

Antaranya, dana khas Bank Negara Malaysia (BNM) terutama 'Targeted Relief and Recovery Facility' ditingkatkan sebanyak RM2 bilion.

Selain itu, institusi kewangan seperti SME Bank, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), AgroBank, MIDF dan MARA turut menyediakan dana untuk PKS. Satu inisiatif khusus untuk membantu syarikat tersenarai di Bursa juga akan diperkenalkan.

Khazanah Nasional Bhd pula diberi mandat bagi membantu kerajaan menyediakan infrastruktur untuk mentadbir dana bersaiz sekurang-kurangnya RM3 bilion, yang bermatlamat membantu syarikat berdaya maju tetapi terkesan akibat pandemik COVID-19.


PANDUAN BERNIAGA DI SHOPEE

Tahukah anda bahawa ramai usahawan twlah berjaya menjana ratusan ribu ringgit di SHOPEE. Ramai yang telah mencuba berniaga di SHOPEE tetapi ...