16 December 2014

MENJANA PENDAPATAN MENGGUNAKAN HANDPHONE

Tahukah anda bahawa anda joleh menjana pendapatan handphone? ?
Setiap ringgit yg anda dan ahli keluarga serta rakan2 anda top up dapat menjana pendapatan kepada anda!

Bagaimana??



30 November 2014

PROGRAM AGROPRENEURMUDA : PELUANG PINJAMAN UNTUK ORANG MUDA

Agropreneur, Usahawanmuda, pinjaman bank

Bantuan pembiayaan Agropreneur Muda

PUTRAJAYA: Agro Bank memperuntukkan RM20 juta untuk bantuan pembiayaan kewangan kepada peserta program Agropreneur Muda iaitu program perniagaan dalam pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Agro Bank memberi sokongan penuh terhadap program berkenaan bagi menjadikan pertanian sebagai pilihan kerjaya menerusi penyediaan modal tetap dan modal operasi bagi projek baharu dan pengembangan projek pertanian sedia ada.

"Agro Bank memberi kemudahan pembiayaan sehingga RM50,000 bagi projek pertanian baharu manakala RM300,000 bagi pembesaran projek pertanian sedia ada," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Antara syarat permohonan ialah pemohon mesti berumur 18 sehingga 40 tahun dan berdaftar dengan Unit Agropreneur Muda di bawah kendalian kementerian, katanya.
Agro Bank menyediakan kemudahan pembiayaan yang kompetitif iaitu pembiayaan tidak melebihi tujuh tahun (84 bulan), kadar keuntungan 5.50 peratus setahun berdasarkan baki bulanan (bersamaan kadar tetap tiga peratus) dan tiada cagaran serta jaminan diperlukan, katanya.

Ismail Sabri berkata, peserta Agroprenuer Muda yang berminat untuk memohon kemudahan pembiayaan itu boleh menghubungi Agro Bank di talian 03-27311600 atau melayari laman web Agro Bank di www.agrobank.com.my.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/BantuanpembiayaanAgropreneurMuda/Article/#sthash.yPFCkw4i.dpuf

PANDUAN BERNIAGA DI SHOPEE

Tahukah anda bahawa ramai usahawan twlah berjaya menjana ratusan ribu ringgit di SHOPEE. Ramai yang telah mencuba berniaga di SHOPEE tetapi ...