Dari Berita Harian 31 okt 2021
KUALA LUMPUR: Agrobank akan menawarkan pembiayaan mikro sehingga RM75,000 pada kadar sifar peratus untuk tempoh enam bulan pertama dengan kemudahan moratorium sehingga enam bulan untuk menambah baik sektor pertanian negara.
Menurutnya, langkah itu seiring dengan inisiatif kerajaan dalam Bajet 2022 yang dibentangkan semalam iaitu peruntukan RM1.8 bilion yang akan disalurkan melalui skim kredit mikro di pelbagai agensi seperti TEKUN, Agrobank, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Sementara itu, Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar, berkata bank itu berbesar hati berikutan di bawah Bajet 2022, peruntukan sebanyak RM150 juta disediakan untuk pembiayaan keusahawanan belia melalui Agrobank dan BNM bagi meningkatkan sosioekonomi dan sumber pendapatan usahawan belia
Agrobank sedar peningkatan minat dalam kalangan belia serta sifat ingin tahu mereka mengenai pertanian, yang secara amnya tertumpu kepada penggunaan teknologi yang menarik dalam pertanian seperti dron untuk pengurusan ladang, pertanian menegak di kawasan bandar, ekosistem automatik dan sebagainya.
"Agrobank akan terus memainkan peranan untuk membantu dan memberi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk menceburi sektor pertanian," katanya dalam kenyataan hari ini.
No comments:
Post a Comment